Sunday, 30 March 2014

warna warni kehidupan



Hai semua..
Assalamualaikum..
Selamat kembali ke blog saya lagi…
Sudah pasti anda semua sudah membaca tajuk entri yang bakal saya ungkai. Jadi, tidak payah susah-susah untuk saya bagitahu kan? Ops! Lupa pulak nak tanya khabar korang semua? Apa khabar semua? Harap sihat-sihat sahaja..
Sudah pasti anda semua mempunyai warna kegemaran kan..siapa yang tidak ada warna kegemaran, cuba angkat tangan..hahaha..ok..kita teruskan kepada isi entri saya. Disini saya akan memberitahu apakah maksud disebalik warna kegemaran anda semua. Tapi terlebih dahulu saya hendak bagi tahu dan cerita serba sedikit mengenai warna kegemaran saya. Baru adil bukan.. sudah tentu gadis melayu terakhir seperti saya menggemari warna biru. Alah-alah damai gitu.. Biru dikatakan warna yang sejuk. Sebab itu saya seorang yang cool aje.. Sentiasa mengambil berat tentang orang lain dan menenangkan itulah sikap seorang penggemar warna biru. Jangan cemburu ya.. ok..sudah pasti ramai yang geram dengan saya sebab asyik membanggakan diri dan cerita pasal warna biru aje..
PINK
Warna Pink adalah warna hasil daripada campuran warna merah dengan putih. Warna yang disukai oleh kaum wanita. Warna pink memberi  ketenangan, damai, lembut, indah dan warna kasih sayang. Warna yang tidak digemari oleh kaum lelaki.
HIJAU
Warna yang biasa kita lihat di sekeliling kita alam semulajadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Warna hijau adalah warna yang simbolik bagi umat islam. Pintu kecemasan juga menggunakan warna hijau. Warna hijau melambangkan keremajaan, sejuk, tenang, kehidupan, kedamaian, tulen dan kesejahteraan. Warna hijau sesuai bagi mereka-mereka yang sukakan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.
MERAH
Warna yang dikategorikan warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan.
KUNING
Warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.
HITAM
Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat

PUTIH
Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja.

Wednesday, 12 March 2014



Assalamualikum,
Salam 1 malaysia,
DAN
Salam buat semua…

Hmm.panjang betul intro salam saya..ok..terus kepada apa yang ingin saya katakan. Sudah pasti kita anda semua mempunyai cita-cita atau lebih spesifiknya impian atau angan-angan. Pasti seronok jika apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Tapi apa kita mampu buat, kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan. Sebagai contoh bagi kaum perempuan termasuk saya, apabila kami membaca novel (bagi yang gemar membaca novel) sudah pasti kami ingin apa yang berlaku di dalam novel menjadi kenyataan. Ops! Terberangan pulak. Hehehe. Impian dan cita-cita bukan sesuatu yang mudah untuk di kecapi tetapi ia perlu di tambah dengan daya usaha yang gigih. Kejayaan tidak akan datang bergolek pada kita melainkan kita berusaha.

Cita-citaku ingin menjadi seorang pegawai bank dan dalam pada masa yang sama saya ingin menjadi penulis novel. Mungkin ramai yang tertanya-tanya berbakatkah saya menjadi penulis novel. Tapi tidak salah kan jika kita hendak mencapai sesuatu asalkan ada daya usaha. Kenapa saya ingin menjadi penulis novel? Pasti ramai yang hendak tahu bukan.  Saya seorang yang gila novel. Kalau boleh  tidak makan pun tidak apa asalkan hari-hari dapat baca novel. Apabila saya menbaca novel, saya akan letakkan diri saya dalam watak novel tersebut. Dari situ saya boleh menjiwai jalan cerita novel tersebut. Dan sejak itulah saya menjadi semakin semangat dan cekal untuk menjadi penulis novel. Bagi cita-cita menjadi pegawai bank pula, susah untuk saya jelaskan kenapa saya ingin menjadi pegawai bank. Mungkin kerana saya suka pada duit.hahaha. Bagi saya menjadi seorang pegawai bank, kita perlu ada sikap tangungjawab, jujur dan tidak gelap mata. Nampak tak saya sekarang sedang memuji diri?hahaha. Apabila wujudnya sikap seperti itu sudah pasti tidak akan berlakunya pecah amanah atau songlap duit.

Jadi, apa lagi,,jadikan apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Jangan sia-siakan apa yang diimpikan itu. jangan biar angin yang menerbangkan kertas tetapi berusahalah menjadi batu untuk tidak membiarkan angin membawa kertas impian kita. Maaf andai terkasar bahasa dan terguris kata. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Dan selamat berhibur membaca entri saya ini. Salam manis buat semua.