Tuesday, 27 May 2014

KEBAIKAN MELANCONG



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya akan menceritakan tentang kebaikan melancong. Sudah pasti anda semua menggemari melancong bukan?. Melancong merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan amat disukai oleh semua golongan masyarakat. Sudah pasti setiap manusia mempunyai tempat idaman yang ingin dilawati sama ada di dalam negara atau luar negara. Namun begitu, amat sukar untuk kita pergi melancong bersama keluarga tercinta. Hal ini kerana, ibu bapa seringkali sibuk dengan kerja sehingga tiada masa dengan anak-anak.

Antara salah satu kebaikan melancong ialah, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Dengan melancong ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak- anak dan secara tidak langsung ibu bapa dapat mengetahui perkembangan anak-anak. Maka dengan itu, institusi kekeluargaan akan menjadi lebih rapat dan kukuh.

Selain itu juga, kita dapat melapangkan fikiran dan menghilangkan segala tekanan ditempat kerja. Selain itu juga, kita dapat meluaskan pandangan dan menambah ilmu pengetahuan. Ibu bapa jga dapat mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan bertanya tentang keadaan serta masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan ini dapat mengelakkan anak-anak dari terjebak dalam perkara negatif.

Jadi, melancong dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada semua terutama kepada keluarga. Manfaatkanlah masa terluang bersama keluarga. Melancong bukan sahaja untuk bersuka ria tetapi ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

SAHABAT SEJATI



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sahabat? Apa itu sahabat? Siapa itu sahabat?. Setiap individu di dunia pasti memiliki kawan, tetapi  adakah kawan mampu menjadi sahabat kita? Tidak semua kawan mampu menjadi seorang sahabat yang setia disisi kita. Kawan untuk bersuka ria, bergelak ketawa mudah untuk dicari tetapi sahabat yang sentiasa ada disisi kita sama ada susah atau senang sukar untuk ditemui. Mencari seorang kawan senang dan mudah untuk ditemui tetapi mencari seorang sahabat amat sukar untuk dijumpai.

Antara ciri-ciri seorang sahabat  yang baik ialah sahabat sanggup menjadi seorang pendegar yang setia kepada segala masalah yan kita hadapi. Sahabat  akan sentiasa memberi semangat kepada kita walau kita sedang dilanda masalah. Suka dan duka,nangis dan tawa sahabat akan sentiasa disis I kita dan tidak akan pernah meninggalkan kita keseorangan menghadapi musibbah yang menimpa.


Seorang sahabat yang baik akan sentiasa membimbing kita kearah kebaikan. Beliau akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Sahabat juga akan sentiasa memberi dorongan serta nasihat kepada kita untuk terus kearah kebaikan. Sentiasa menasihati kita supaya tidak melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada diri kita.


Seorang sahabat juga mampu menjadi seperti ibu bapa kita yang sentiasa menjaga dan merawat kita disaat kita sakit. Sahabat akan sentiasa menambil berat tentang keadaan serta kesihatan diri kita. Beliau juga tidak akan membiarkan kita menanggung kesakitan seoran diri dan sanggup mengorbankan dirinya untuk membantu kita.

Itulah ciri-ciri sahabat sejati yang harus kita cari. Berkawan mudah dicari tapi sahabat sukar ditemui. Jadi, carilah sahabat yan mampu berada disisi kita walau apa jua keadaan yang berlaku.

TIPS BELAJAR SAAT AKHIR



Salam 1 Malaysia..
Hai semua,,,diharap sihat-sihat sahaja.. Entri saya pada kali ini diberi tajuk tips belajar disaat akhir. Pada musim- musim peperiksaan yang menjelang kini pasti ada yang menjadi gelabah merungut tidak sempat mengulang kaji semua. Jadi saya akan deddahkan serba sedikit tips dan diharap dapat membantu anda semua.
1) baca sekerap mungkin
Baca sekerap mungkin tidak bermaksud kita harus membaca dalam jangka masa yang panjang     tetapi kit abaca berulang kali. Hal ini, dapat membantu pelajar untuk mengingat sesuatu subjek dengan lebih mudah. Apabila kita membaca benda yang sama berulang kali maka amat mudah untuk kita mengingat sesuatu itu. Jangan lupa untuk menyelitkan sedikit waktu untuk minda kita berehat. Ambillah masa sekurang-kurangnya setengah jam selepas membaca agar otak kita mudah untuk menerima sesuatu ilmu.

2)baca dan kongsi
Jangan kedekut ilmu untuk berkongsi apa yang telah kita pelajari atau fahami bersama kawan-kawan. Belajar untuk berkongsi ilmu agar kawan-kawan juga dapat manfaat serta ilmu bersama. Apabila kita berkongsi ilmu,secara tidak lansung, ia bukan sahaja dapat membantu kawan kita malah ia membantu diri kita untuk lebih mengingati sesuatu yang dipelajari. Tidak salah untuk kita berkongsi ilmu agar kejayaan yang diperolehi dapat diraikan bersama kawan-kawan.

3)baca tips
Tips-tips yang diberikan atau yan ditekankan oleh guru atau pensyarah haruslah dititik beratkan. Baca lebih banyak dibahagian tips yang ditekankan. Mana tahu ini dapat membantu kita untuk lebih mudah memahami tajuk itu. Tips yang diberikan kebiasaannya adalah soalan yan keluar jadi keraplah berjumpa guru atau pensyarah bagi mendapatkan tips dengan lebih banyak.
Sekian itu sahaja tips yang dapat saya kongsikan. Diharap tips ini dapat membantu anda semua untuk menenpuh alam peperiksaan. Apa yang penting adalah usaha. Semoga Berjaya.

Saturday, 24 May 2014

TIPS BINA KEYAKINAN DIRI



Salam 1 Malaysia buat semua pembaca..
Kali ini saya ingin berkongsi tips mengenai keyakinan diri. Kebayakkan lepasan graduan  universiti tidak mempunyai kerja selepas tamat pembelajaran. Hal ini seringkali kita dengar dan baca di dada-dada surat khabar mahupun didalam internet. Mereka semua mempunyai ilmu yang tinggi dan layak untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang diinginkan namun oleh kerana keyakinan diri yang kuran membuatkan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi,saya ingi berkongsi bagaimana ingin meningkatkan keyakinan diri:
(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.
(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.
(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.

KELEBIHAN TELEFON PINTAR




Selamat kembali ke entri saya kali ini yang bertajuk ‘kebaikan tefon pintar ‘..
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para pembaca..

Pada era globalisasi ini, semua orang berlumba- lumba untuk membeli gadjet atau telefon bimbit yang canggih. Ia bagai menjadi satu trend pada zaman sekarang terutama golongan remaja yang bersaing sesama mereka untuk memiliki telefon canggih. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ia memberi banyak keburukan berbanding kelebihan. Hal ini kerana mereka lebih terdedah kepada teknologi yang akan melalaikan mereka. Namun,  tanggapan itu salah sama sekali. Pepatah ada menyebut, jangan kita menutup seribu kebaikan sesuatu hanya kerana satu keburukan.

1.  Alat perhubungan atau komunikasi
Melalui telefon, mereka bukan sahaja boleh membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya. Selain itu juga, mereka boleh menjejak kawan- kawan lama yang sudah lama tidak berhubung.
2. Mendapat maklumat terkini
Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.
3. Memudahkan Kerja
Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Jadi, kita seharusnya memanfaatkan sesuatu teknologi dengan sebaik mungkin. Jadi, renung-renungkanlah dan selamat memanfaatkan.