Hai kita bertemu lagi dalam entri blog saya yang terbaru..
Ops! Lupa pula hendak memberi salam..
Assalamualaikum dan salam perpaduan…
Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat selalu disamping
orang tersayang. Entri saya pada kali ini bertajuk suasana pembelajaran di
Universiti Utara Malaysia yang terletak di penghujung negeri Kedah. Sudah pasti
anda semua mengenali universiti ini kan. Almaklumlah UUM adalah diantara 10
universiti yang terkenal di Malaysia.
Apabila sudah terkenal, sudah pasti suasananya aman dan
damai. Jangan ada yang cemburu ya.. Dari segi pelbagai aspek ia amat memuaskan
hati pelajar-pelajar yang belajar disini. Segala infrastrukturnya yang lengkap
menjadikanya UUM lebih menarik dimata pelajar serta pengunjung yang melawatnya.
Sudah pasti ia menjadi kebanggaan kami semua. Tambahan pula, dengan sistem
kawalan keselamatan yang ketat menjadikan kami berasa aman dari ancaman luar.
Almaklumlah, universiti terkenal kan, sudah pasti ramai yang cemburu dan ingin
merosakkan ketenteraman kami semua. Jadi, kepada adik-adik, kakak-kakak,
abang-abang serta rakan-rakan yang ingin menyambung pelajaran, pilihlah
univerti ini. Saya jamin anda semua akan berasa seronok dan tenteram berada di
dalam universiti. Sekian..salam kasih dari saya..
No comments:
Post a Comment