Assalamualaiklum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips
tentang keburukan tidur lewat.
Dalam keadaan minggu peperiksaan sekarang bagi pelajar IPTA,
rata-rata semua pelajar bertungkus-lumus berusaha gigih untuk mengulang kaji
pelajaran bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Mereka mengulang kaji
pelajaran siang malam sehingga mengabaikan masa tidur. Tidakkah anda semua
sedar bahawa penyakit hati berpunca dari kurangnya waktu tidur dalam diri
seseorang.
Selain itu, sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem
imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga
boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem
imun
Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi
jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah
fungsi insulin
Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon
pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon
leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan
makanan berlemak dan berkabohidrat
Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya
cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya
mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila
terlalu kerap kurang tidur
Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada
sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan
diserang kanser payudara
Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda
sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut
Jadi, tidurlah cukup agar kesihatan juga terjamin. Kejayaan
juga bergantung pada tubuh badan yang sihat dan cergas.
No comments:
Post a Comment