Salam 1 Malaysia buat semua pembaca..
Kali ini saya ingin berkongsi tips mengenai keyakinan diri.
Kebayakkan lepasan graduan universiti
tidak mempunyai kerja selepas tamat pembelajaran. Hal ini seringkali kita
dengar dan baca di dada-dada surat khabar mahupun didalam internet. Mereka
semua mempunyai ilmu yang tinggi dan layak untuk mendapatkan pekerjaan dalam
sektor yang diinginkan namun oleh kerana keyakinan diri yang kuran membuatkan
mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi,saya ingi berkongsi bagaimana
ingin meningkatkan keyakinan diri:
(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu
terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap
yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba
membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila
anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi
keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan
dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih
yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara
yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa
pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda
memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda
akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina
keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara
automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya
memerlukan latihan dan pemakanan
yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.
(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi
menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka
cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa
kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan
didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan
orang ramai, berkomunikasi
dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain
berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif,
anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.
(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda
sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu
memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas
tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda
tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda
berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar.
Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung,
anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri
anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat
merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah
yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk
anda menyelesaikannya.
No comments:
Post a Comment