Salam 1 Malaysia..
Hai semua,,,diharap sihat-sihat sahaja.. Entri saya
pada kali ini diberi tajuk tips belajar disaat akhir. Pada musim- musim
peperiksaan yang menjelang kini pasti ada yang menjadi gelabah merungut tidak
sempat mengulang kaji semua. Jadi saya akan deddahkan serba sedikit tips dan
diharap dapat membantu anda semua.
1) baca sekerap mungkin
Baca sekerap mungkin tidak bermaksud kita harus
membaca dalam jangka masa yang panjang tetapi kit abaca berulang kali. Hal ini,
dapat membantu pelajar untuk mengingat sesuatu subjek dengan lebih mudah. Apabila
kita membaca benda yang sama berulang kali maka amat mudah untuk kita mengingat
sesuatu itu. Jangan lupa untuk menyelitkan sedikit waktu untuk minda kita
berehat. Ambillah masa sekurang-kurangnya setengah jam selepas membaca agar
otak kita mudah untuk menerima sesuatu ilmu.
2)baca dan kongsi
Jangan kedekut ilmu untuk berkongsi apa yang telah
kita pelajari atau fahami bersama kawan-kawan. Belajar untuk berkongsi ilmu agar
kawan-kawan juga dapat manfaat serta ilmu bersama. Apabila kita berkongsi
ilmu,secara tidak lansung, ia bukan sahaja dapat membantu kawan kita malah ia
membantu diri kita untuk lebih mengingati sesuatu yang dipelajari. Tidak salah
untuk kita berkongsi ilmu agar kejayaan yang diperolehi dapat diraikan bersama
kawan-kawan.
3)baca tips
Tips-tips yang diberikan atau yan ditekankan oleh
guru atau pensyarah haruslah dititik beratkan. Baca lebih banyak dibahagian
tips yang ditekankan. Mana tahu ini dapat membantu kita untuk lebih mudah
memahami tajuk itu. Tips yang diberikan kebiasaannya adalah soalan yan keluar
jadi keraplah berjumpa guru atau pensyarah bagi mendapatkan tips dengan lebih
banyak.
Sekian itu sahaja tips yang dapat saya kongsikan. Diharap
tips ini dapat membantu anda semua untuk menenpuh alam peperiksaan. Apa yang
penting adalah usaha. Semoga Berjaya.
No comments:
Post a Comment