Tuesday, 27 May 2014

KEBAIKAN MELANCONG



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya akan menceritakan tentang kebaikan melancong. Sudah pasti anda semua menggemari melancong bukan?. Melancong merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan amat disukai oleh semua golongan masyarakat. Sudah pasti setiap manusia mempunyai tempat idaman yang ingin dilawati sama ada di dalam negara atau luar negara. Namun begitu, amat sukar untuk kita pergi melancong bersama keluarga tercinta. Hal ini kerana, ibu bapa seringkali sibuk dengan kerja sehingga tiada masa dengan anak-anak.

Antara salah satu kebaikan melancong ialah, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Dengan melancong ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak- anak dan secara tidak langsung ibu bapa dapat mengetahui perkembangan anak-anak. Maka dengan itu, institusi kekeluargaan akan menjadi lebih rapat dan kukuh.

Selain itu juga, kita dapat melapangkan fikiran dan menghilangkan segala tekanan ditempat kerja. Selain itu juga, kita dapat meluaskan pandangan dan menambah ilmu pengetahuan. Ibu bapa jga dapat mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan bertanya tentang keadaan serta masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan ini dapat mengelakkan anak-anak dari terjebak dalam perkara negatif.

Jadi, melancong dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada semua terutama kepada keluarga. Manfaatkanlah masa terluang bersama keluarga. Melancong bukan sahaja untuk bersuka ria tetapi ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment